Sunday, 30 December 2012

Mengapa Perempuan Melayu Jer Kena Histeria??


Mengapa Perempuan Melayu Jer Kena Histeria?? Perbualan antara bomoh dengan ketua jin



PELAJAR perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu -Sumber Berita Harian


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.


Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawab!


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik..


Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.



"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"



Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...


""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"" 
""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... "" 
""Aduhai... (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) hehehehe.....


Sumber: mmmm..ntahlah siapa original writer ni. Anyway thanks to him/ her.

jangan lupa add face saya utk tips2 lain http://www.facebook.com/borhan.sidqy

Saturday, 29 December 2012

Cara nak Tau Kafe tu pakai pelaris/jin/hantu


Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.





Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 





Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)





Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.





Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-


1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.





Ia berdasarkan hadith :





Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

jangan lupa add face saya utk tips2 lain http://www.facebook.com/borhan.sidqy

Wawa Tak Pakai Spender


wawa : mak, tadi abu dan kawan kawan buli wawa mak.

mak : kurang ajar tenuk tenuk neh. diorang buat apa dengan kau.

wawa : diorang suruh wawa panjat pokok kelapa tadi sebab diorang nk tengok sepender wawa.

mak : dah melampau neh. abis kau panjat la pokok kelapa tadi. seronoklah abu dengan tenuk tenuknya tengok sepender kau tu.

wawa : mak, dont worry mak. relax mak.

mak : relax tengkorak unyang kau. diorang dah tengok sepender kau, lagi mak nak relax ke.

wawa : mak jangan risau, hari neh wawa tak pakai sepender.

mak : APAAAAA !!!! (pengsan)

jangan lupa add face saya utk tips2 lain http://www.facebook.com/borhan.sidqy

Ayat Power untuk tekel kekasih..

Tuhan..
 Bila ku melihat laut..
bilakan ia hebat bergelora..
lalu jawab laut..
bila tiba musim tengkujuh..

Tuhan..
 Bila ku melihat mentari.
Bilakan ia kn hilang dari pandanganku..
 lalu jawab mentari..
Bila muncul sang rembulan..

Tuhan..
Bila ku melihat alam..
Bilakan pupus para hidupannya..
lalu jawab alam..
Bila tiba kemarau panjang..

Tuhan..
Bila ku melihat (isikan nama orang yang anda minat)
bilakan ia menjadi milikku
Lalu jawab hati..
BILA TIBA MASANYA..

nukilan.. borhan as-siddiq

 Amacam jiwang tak saya.. ayat ni selalu saya guna masa nak tekel awek dulu.. Meleleh jugak airmata bila dengar ni.. So anda bila lagi.. Tepuk Dada, Tanya Selera..

jangan lupa add face saya utk tips2 lain http://www.facebook.com/borhan.sidqy

Friday, 28 December 2012

Hadiah Hari Jadi

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop! Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu. Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu, '
Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie. Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu... P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut. Yang Menyayangimu, Usop Jendul

Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!



jangan lupa add face saya utk tips2 lain http://www.facebook.com/borhan.sidqy

KISAH AYAH HAMPIR MENODAI DAN MENIDURI ANAK DARA SUNTINYA (18SX)

Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni. Siti : Ya bapak, ada apa? Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap. Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr) Bapak : Bapak kata..... Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni. Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah takder sapa...tinggal diorang berdua jerr. Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh... Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa. Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak berkasar. Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia. Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam selimut bapak plak. Siti : Apa?!! Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa. Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis) Bapak : Siti, tengok ni Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........ Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

Wednesday, 26 December 2012

Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima

Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang. Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya. Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya. Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya. Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi. Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya. Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

Tuesday, 18 December 2012

Kisah Seorang Pecinta..

Dalam Hidup ini..
kita sering tercari erti..
mengejar dan dikejar..
mengguna dan diperguna..
memperbodoh dan diperbodoh..
Namun.. berpuncakkah gunung..
Tercapaikah impian..

Kadang-kadang kita lupa
walau kita sedar.. kita takkan mampu
menjulang langit..
tapi kita sering berusaha
bukan kerana kita mahu langit
tapi keadaan untuk kita ke langit itu yang akan mendewasakan kita..

Walau kita sedar gadis itu tak mampu kita tawan..
namun kita sering cuba untuk menambat hati si dia..
akhirnya kita menjadi matang..
matang dalam kehidupan bergelar seorang pencinta..

Borhan As-siddiq

Friday, 14 December 2012

Pengenalan

Sapa-sapa rasa berminat nak kawan ngan saya.. nak kenal saya.. nak amik buat menantu.. nak kongsi tentang bisnes.. politik.. perjuangan.. sila add saya http://www.facebook.com/borhan.sidqy.. tak paksa pun.. korang yang rugi sbb tak dapat mengenali insan ini.. keh keh keh



Calon-calon rusuk kiri anda yang hilang tu.. kehkehkeh

Ermm tukang promote ni tak dapat apa-apa kew.. hehe.. takpe biar korang je bahagia.. Saya memang dilahirkan untuk buat orang bahagia jew.. Kalu nk promote saya jadi Blogger lelaki melayu terakhir pun saya tak kisah.. kehkehkeh.. Ni link blogs saya http://borhansidqy.blogspot.com/

http://fatinsuhana.blogspot.com/

http://nisamenaip.blogspot.com/

http://arxarnadhirah.blogspot.com/

http://weirdbella.blogspot.com/

http://mirarafilzah.blogspot.com/

http://sheisbalqisbahari.blogspot.com/

http://camcagarfu.blogspot.com/

http://honeykoyuki.blogspot.com/

http://arathelady.blogspot.com/

http://lyndaroslan.blogspot.com/

http://sarazaqea.blogspot.com/

http://gincomerahjambu.blogspot.com/

http://inibelogsaya.blogspot.com/

http://stoberycokelat.blogspot.com/

http://inarasouza.blogspot.com/

http://www.dangobunny.com/

http://kupukupukecik.blogspot.com/

http://nazneennajib.blogspot.com/




Pengorbanan Seorang Ayah (Sediakan tisu sebelum membacanya)

Berikut adalah perbualan seorang mak dengan anak kesayangannya..

anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk mem
beli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka...








kredit: 
http://www.facebook.com/amiramri.gurlz?fref=ts

Monday, 12 November 2012

Erti Bersyukur

Pernah dulu aku menghidapi sakit batu karang.. masa tu aku langsung tidak dapat membuang air kecil.. rasa azab dan sakit yang amat sangat.. Masa tu aku tak terfikir pun pasal benda lain.. Yang aku fikir hanya satu.. Aku mahu buang air kencing seperti biasa.. Aku pun berdoa pada Allah.. "Ya Allah, Aku tak nak kaya.. Aku tak nak perempuan cantik.. aku tak nak kemewahan.. Aku hanya nak kencing Ya Allah.." Masa tu baru kita sedar betapa indahnya nikmat kencing yang kita tak pernah terfikir selama ni.. aku bersyukur pada Mu Ya Allah..

Aku juga pernah dikecewakan oleh seorang wanita.. Aku jadi kemurungan.. Aku hanya berdoa siang dan malam agar Allah kembalikan wanita yang pernah suatu ketika dulu menghiasi kamar hatiku.. namun lama kelamaan.. kerana aku terlalu berusaha untuk membuktikan NILAI diri aku pada wanita tersebut.. akhirnya Aku menjadi seorang Aku yang amat berlainan dari yang dulu.. Aku punyai wawasan.. aku menjadi semakin matang.. dan paling penting aku hargai apa itu erti kehidupan.. Terima kasih untuk wanita tersebut kerana tanpa dia mengecewakan aku.. aku masih terawang2 dalam dunia indah ciptaan kami berdua.. dan aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana telah membuka pintu hatiku untuk menjadi insan yang cemerlang..

Ironinya, setiap musibah yang terjadi pada kita sebenarnya terselit seribu satu hikmah.. contohnya gagal dalam perniagaan dalam usia muda.. buat kita jadi usahawan yg semakin bijak membuat keputusan.. seterusnya, Pertunangan putus ditengah jalan.. bersyukur lah kerana kita tidak bercerai semasa sudah mempunyai anak yang memungkinkan penderitaan anak-anak.. ditipu dalam perniagaan  dan kehidupan, buat kita semakin waspada tentang keadaan sekeliling.. rugi RM100 adalah lebih baik daripada rugi RM1000 kelak.. dan rugi kehilangan punca pendapatan adalah lebih baik daripada rugi kehilangan kudrat untuk mencari pendapatan.. Konklusinya.. janganlah kita menganggap diri kita malang hanya kerana kita tidak mempunyai Kasut tanpa kita memandang orang yang tidak mempunyai kaki..

Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.. sesungguhnya segala nikmat.. pemberian daripada kalangan hambaMu.. semua datang dari Mu Ya Allah.. Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran aku panjatkan padaMu Ya Allah

Tuesday, 16 October 2012

Amalan Romantik Suami Isteri


Cubalah.. Tak rugi kalau tak jadi pun.. at least kita da cuba jadi yang terbaik..
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


http://kurakura.my/amalan-romantik-suami-isteri-2/

Mengeluh dan Terus Mengeluh.. Lumrah Manusia

Suatu hari, awk naik flight nak balik sabah.. masa dalam flight tue, awk dok tepi sorang laki tua. Lelaki tu masa tido punya la buruk perangai sebab masa tido dia punyalah kuat brdgkur. Awak merungut "apalah nasib malang aku dok tepi lelaki ni. camnalah aku nak tahan sampai balik sabah". Awk terus merungut dan meluat dalam hati awk. Tiba-tiba ada bunyi pulak kat seat belakang.. ada seorang baby tengah melalak sampai nak keluar anak tekak. Dia mnangis sekuat hati dia. lagila awk tension. Awk kate dalam hati aku lagi rela dengar dengk
uran lelaki tadi daripada nak pecah gegendang telinga tahan teriakan baby tu". Awk lagi marah-marah dan terus mengeluh. Tanpa semena-mena flight yang awk naik tu pulak tiba2 terjunam dan bergegar MACAM nak terhempas. Masa tu awk terus kelam kabut dan berdoa, "ya tuhan.. selamatknlah aku dari bencana ini, aku akan saggup terima apa saja dugaanMu.. aku dah tak kisah dengar apa pun dengkuran, tangisan bayi dan apa jua dugaan lain asalkan aku slamat dan terus hidup dibumiMu ini". Namun tidak berapa lama selepas itu dan kerana kecekapan pilot tu mengawal kapal terbangnya dan takdir dari tuhan, kapal terbang itu kmbali normal dan keadaannya sama seperti biasa. Awk lega spenuh hati dan tidak berhenti-henti mengucapkan kesyukuran kerana terus boleh hidup dan kembali tenang seperti biasa sehinggalah ada sorang pramugara terlanggar awk dan menumpahkan air kat baju awk. awk kembali merungut dan memarahi orang tu. Begitulah lumrah manusia akan terus merungut dan merungut kerana merasakan semua benda serba tak kena pada diri kita. sebenarnya manusia akn sedar betapa bertuahnya dia selepas dia mendapat kejadian yang lebih malang. seorang isteri hanya akan bersyukur mendapat suami yg mulutnya busuk selepas dia mendapat suami yang baru seorang kaki pukul. seorang ibu akan rasa bertuahnya dia dapat anak yg kuat menangis pada malam hari sehinggalah dia mendapat seorang anak yang bisu. Seorang majikan akan rasa betapa bertuahnya mendapat pekerja yang lembab setelah mendapat seorang pekerja yang kuat mencuri.. Kita boleh memilih selain daripada marah, merungut, mengeluh untuk sesuatu perkara seperti berfikiran positif, geli hati, tenang, buat derk je, kerana kita akan bahagia tanpa perlu menyingung perasaan orang lain dan orang lain juga akan bahagia tanpa mendengar leteran kita. SILAPNYA KITA KERANA KITA SERING MERASAKAN DIRI KITA INI TERLALU SEMPURNA. renungkanlah letih aku taip ni tau..

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Kenapa Aku diuji.. (sapa yang sedih tu sila baca.. harap dapat membantu)


KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” 
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
 maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)


RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, 
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam 
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya 
(mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu 
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan 
memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari 
rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

jangan lupa add face saya utk tips2 lain http://www.facebook.com/borhan.sidqy

Wednesday, 10 October 2012

Akhirnya aku dapat menyiapkan blog aku..welcome to my life.. :)
Salam perkenalan.. just try to be a blogger.. hope wil success ya!!