Thursday, 17 December 2015

Negara US laksana hudud tahun depan??

Nampak pada tajuk.. semua orang akan percaya.. tapi ketahuilah tajuk tajuk blog ataupun website hanya tarikan untuk orang-orang membuka blog mereka.. malah ada yang sengaja memutarbelitkan cerita demi menaikkan rating blog mereka.. samada sebagai income daripada iklan ataupun dibayar oleh orang orang tertentu untuk menjatuhkan ataupun memuaskan hati mereka.. Itulah yang terjadi bila manusia meletakkan keduniaan melebihi segalanya.. JANGAN JADI BODOH DOK SHARE BENDA DENDA MENGARUT TU..

lalu tersenyum la blogger-blogger itu melihat fitnahnya mudah dipercayai..

Zimbabwe Negara Terkaya Di Dunia??? Pendapatan rakyat RM1 juta sebulan..

Nampak pada tajuk.. semua orang akan percaya.. tapi ketahuilah tajuk tajuk blog ataupun website hanya tarikan untuk orang-orang membuka blog mereka.. malah ada yang sengaja memutarbelitkan cerita demi menaikkan rating blog mereka.. samada sebagai income daripada iklan ataupun dibayar oleh orang orang tertentu untuk menjatuhkan ataupun memuaskan hati mereka.. Itulah yang terjadi bila manusia meletakkan keduniaan melebihi segalanya..

Tuesday, 21 April 2015

Allah itu Baik dan Sempurna

Seorang raja mempunyai. seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata:
"Rajaku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".

🍃  ..🍃  ..🍃   🍃  ..🍃  ..🍃 

Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu  berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.

 🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata: "Jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari."

🍃  ..🍃  ..🍃 

Hamba itu menjawab: "Walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: "Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah."

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukkan ke dalam penjara.

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: "Allah itu baik & sempurna."

Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan.

 🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak "lengkap" untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka.

🍃  ..🍃  ..🍃 

Sekembalinya ke istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: "Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan."

🍃  ..🍃  ..🍃 

Tetapi saya mempunyai satu soalan; "Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?"

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Hambanya menjawab; "Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang."

🍃  ..🍃  ..🍃 

Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah.

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita... Jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa ....

🍃  ..🍃  ..🍃  ..

Allah mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca mesej ini hari ini...Kerana Allah Itu Baik Dan Sempurna...

🍃  Allah itu baik dan sempurna...

🍃  ..🍃   🍃  ..🍃  ..

Thursday, 9 April 2015

Kenapa kucing datang pada kita

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

1. Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

2.  Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

3.Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.

Cuba tukarkan kucing tadi pada orang-orang yang selalu datang meminta pertolongan pada kita.. mengapa KITA? kerana Allah yang menggerakkan hati untuk meminta pertolongan kita.. Bagi saya satu je.. Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. Allah sedang menghantar mesej untuk kita sebenarnya.. WallahuAlam

Wednesday, 8 April 2015

Menghadapi Pemergian Orang Tersayang

Semua orang akan diuji tuhan , semua orang akan merasai kehilangan  . Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari . Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit . 

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu. 

Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang , dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Kalau rindu sangat , apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni , tau .

Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?

Pertama :

Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”


Kedua:

Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Ketiga:

Jangan fikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada kita.

Keempat:

Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.

Kelima:

Jangan kecewakan roh si mati.
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh.
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).
---

Ahir sekali, cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah. tapi tak gerak , tak buat, macamana semua benda nak jadi lebih baik kan ? Jadi pandanglah kedepan dengan 1001 perasaan yang penuh keredhaan .Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti .

Tuesday, 7 April 2015

Sarban Walk Kafe

Ni merupakan kedai aku.. apa yang cuba aku buat kt sini ialah aku mencari kelainan dalam menu aku.. antara menu special kt sini adalah Megi Ketam.. Nasi Goreng Butter Prawn.. Pulut Mangga.. Aiskrim Kelapa.. Lompat Tikam.. dan yang aku rasa paling best adalah Teh Ais Madu.. Kebanyakan menu disini adalah 100% resepi asli daripada aku.. cuba lah.. kedai ni betul-betul atas dataran shah alam berhadapan dengan plaza perangsang.. jumpa anda di sana

Sunday, 5 April 2015

Hati.. mulia sangatkah aku?

Dulu bila saya melihat.. lelaki berjubah.. perempuan bertudung labuh.. hati saya sejuk sangat.. mesti mereka manusia yg hebat.. namun setelah saya merapati mereka-mereka ini sedalamnya.. ada antara mereka berperangai lebih teruk daripada insan berambut merah dan bertatu.. pokoknya manusia diukur melalui hati budi.. bukan pada pakaian semata-mata.. ada manusia mulut manis menyusun kata.. namun hati busuk.. hipokrit.. tapi ada sorang insan berhati suci pernah menasihati saya.. jika kita melihat ketidaksempurnaan seseorang.. doakan mereka.. semoga mereka beroleh hidayah..

Bagaimana pula andai mereka-mereka itu menzalimi kita??? Perlukah kita mendoakan mereka juga.. kawan saya itu mengiakan juga.. Biarlah orang menzalimi kita asalkan kita tak pernah menzalimi orang lain.. "Bob..jangan cari redha manusia.. cari redha Allah".. teruskan mendoakan mereka.. sekurang-kurangnya mereka tidak terus menzalimi insan lain.. Aku termanggu sendirian.. Semulia itukah aku ini???