Thursday, 17 December 2015

Negara US laksana hudud tahun depan??

Nampak pada tajuk.. semua orang akan percaya.. tapi ketahuilah tajuk tajuk blog ataupun website hanya tarikan untuk orang-orang membuka blog mereka.. malah ada yang sengaja memutarbelitkan cerita demi menaikkan rating blog mereka.. samada sebagai income daripada iklan ataupun dibayar oleh orang orang tertentu untuk menjatuhkan ataupun memuaskan hati mereka.. Itulah yang terjadi bila manusia meletakkan keduniaan melebihi segalanya.. JANGAN JADI BODOH DOK SHARE BENDA DENDA MENGARUT TU..

lalu tersenyum la blogger-blogger itu melihat fitnahnya mudah dipercayai..

Zimbabwe Negara Terkaya Di Dunia??? Pendapatan rakyat RM1 juta sebulan..

Nampak pada tajuk.. semua orang akan percaya.. tapi ketahuilah tajuk tajuk blog ataupun website hanya tarikan untuk orang-orang membuka blog mereka.. malah ada yang sengaja memutarbelitkan cerita demi menaikkan rating blog mereka.. samada sebagai income daripada iklan ataupun dibayar oleh orang orang tertentu untuk menjatuhkan ataupun memuaskan hati mereka.. Itulah yang terjadi bila manusia meletakkan keduniaan melebihi segalanya..

Tuesday, 21 April 2015

Allah itu Baik dan Sempurna

Seorang raja mempunyai. seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata:
"Rajaku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".

🍃  ..🍃  ..🍃   🍃  ..🍃  ..🍃 

Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu  berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.

 🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata: "Jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari."

🍃  ..🍃  ..🍃 

Hamba itu menjawab: "Walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: "Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah."

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukkan ke dalam penjara.

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: "Allah itu baik & sempurna."

Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan.

 🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak "lengkap" untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka.

🍃  ..🍃  ..🍃 

Sekembalinya ke istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: "Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan."

🍃  ..🍃  ..🍃 

Tetapi saya mempunyai satu soalan; "Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?"

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Hambanya menjawab; "Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang."

🍃  ..🍃  ..🍃 

Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah.

🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃 

Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita... Jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa ....

🍃  ..🍃  ..🍃  ..

Allah mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca mesej ini hari ini...Kerana Allah Itu Baik Dan Sempurna...

🍃  Allah itu baik dan sempurna...

🍃  ..🍃   🍃  ..🍃  ..

Thursday, 9 April 2015

Kenapa kucing datang pada kita

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

1. Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

2.  Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

3.Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.

Cuba tukarkan kucing tadi pada orang-orang yang selalu datang meminta pertolongan pada kita.. mengapa KITA? kerana Allah yang menggerakkan hati untuk meminta pertolongan kita.. Bagi saya satu je.. Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. Allah sedang menghantar mesej untuk kita sebenarnya.. WallahuAlam

Wednesday, 8 April 2015

Menghadapi Pemergian Orang Tersayang

Semua orang akan diuji tuhan , semua orang akan merasai kehilangan  . Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari . Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit . 

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu. 

Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang , dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Kalau rindu sangat , apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni , tau .

Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?

Pertama :

Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”


Kedua:

Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Ketiga:

Jangan fikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada kita.

Keempat:

Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.

Kelima:

Jangan kecewakan roh si mati.
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh.
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).
---

Ahir sekali, cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah. tapi tak gerak , tak buat, macamana semua benda nak jadi lebih baik kan ? Jadi pandanglah kedepan dengan 1001 perasaan yang penuh keredhaan .Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti .

Tuesday, 7 April 2015

Sarban Walk Kafe

Ni merupakan kedai aku.. apa yang cuba aku buat kt sini ialah aku mencari kelainan dalam menu aku.. antara menu special kt sini adalah Megi Ketam.. Nasi Goreng Butter Prawn.. Pulut Mangga.. Aiskrim Kelapa.. Lompat Tikam.. dan yang aku rasa paling best adalah Teh Ais Madu.. Kebanyakan menu disini adalah 100% resepi asli daripada aku.. cuba lah.. kedai ni betul-betul atas dataran shah alam berhadapan dengan plaza perangsang.. jumpa anda di sana

Sunday, 5 April 2015

Hati.. mulia sangatkah aku?

Dulu bila saya melihat.. lelaki berjubah.. perempuan bertudung labuh.. hati saya sejuk sangat.. mesti mereka manusia yg hebat.. namun setelah saya merapati mereka-mereka ini sedalamnya.. ada antara mereka berperangai lebih teruk daripada insan berambut merah dan bertatu.. pokoknya manusia diukur melalui hati budi.. bukan pada pakaian semata-mata.. ada manusia mulut manis menyusun kata.. namun hati busuk.. hipokrit.. tapi ada sorang insan berhati suci pernah menasihati saya.. jika kita melihat ketidaksempurnaan seseorang.. doakan mereka.. semoga mereka beroleh hidayah..

Bagaimana pula andai mereka-mereka itu menzalimi kita??? Perlukah kita mendoakan mereka juga.. kawan saya itu mengiakan juga.. Biarlah orang menzalimi kita asalkan kita tak pernah menzalimi orang lain.. "Bob..jangan cari redha manusia.. cari redha Allah".. teruskan mendoakan mereka.. sekurang-kurangnya mereka tidak terus menzalimi insan lain.. Aku termanggu sendirian.. Semulia itukah aku ini???

Saturday, 4 April 2015

Budaya menyalahkan orang lain

Saya ingin bertanya anda semua.. sekiranya anak anda sedang kesakitan di patuk ular? ataupun bisnes anda sedang mengalami kemerosotan ? apakah yang anda lakukan.. apakah anda akan menyalahkan pihak lain? menyalahkan ular? ataupun menyalahkan pesaing anda? atau anda menyalahkan takdir kerana memberi anda dugaan sedemikian???
di sini saya ingin mengajak anda semua menjadi insan yang lebih rasional. cuba cari jalan penyelesaian atas segala masalah tersebut. paling penting hantar anak anda ke hospital dahulu.. selepas itu mencari punca kepada masalah ular itu? mungkin ular itu masuk ke rumah anda kerana rumah anda penuh dengan semak samun.. ataupun keadaan rumah anda yang bersepah yang memungkinkan ular dapat menumpang di rumah anda menjadi penyewa yang tak berbayar..


bagaimana dengan masalah bisnes anda tadi? kerugian.. jualan merosot.. daripada terus menyalahkan pihak lain.. ada baiknya anda mencari jalan untuk menaikkan kembali perniagaan tersebut. ataupun dalam prinsip perniagaan.. ada 4 perkara terpenting iaitu 1)Tingkatkan kualiti produk atau servis 2)tingkatkan jualan anda 3) kurangkan perbelanjaan 4)kurangkan liabiliti.. Hentikan menyalahkan pesaing anda. pekerja anda. ataupun paling penting jangan salahkan pelanggan anda tidak sudi ke kedai anda lagi.


Budaya menyalahkan orang lain ini sudah terlalu 'typical' buat bangsa kita. dan yang terbaru ialah menyalahkan kerajaan. dalam apa jua keadaan semua orang yang salah sampaikan ada suatu kes di mana ada guru bercerai dengan isterinya kerana tidak mendapat pertukaran seperti yang dimohonkan. setujukah kalau saya katakan... mereka ini sebenarnya ingin menyalahkan takdir tapi untuk menjadi lebih nampak sedikit beriman. mereka menyalahkan orang-orang lain. pernah ada suatu kes di mana pemandu bas telah melanggar mati seorang pelajar kolej. bila ditanya.. beliau menyalahkan brek bas yang tidak berfungsi..


Ayah selalu berpesan pada saya., siapa kita untuk mengelak apa jua masalah yang mendatang. tapi andainya terjadi sebarang masalah ataupun dugaan yang menimpa kita. muhasabah diri kita kembali. di mana silap kita. dan cari jalan untuk keluar daripada masalah itu.. dan jangan pula kita lari daripada masalah itu.. seperti firman Allah SWT “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Thursday, 2 April 2015

Hakikat sebenar kenaikan barang

Baca lah Hadith dan maksud ayat Quran di bawah, inshaAllah kita akan lebih berlapang dada...

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”
(Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.”
(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.”
(Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.”
(As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.”
(Riwayat Muslim)

Sedikit pemahaman tentang GST

Baiklah, ramai tak faham GST.. silapnya kerajaan sendiri gagal menerangkan kebaikan GST kepada rakyat kerana rata2 parti pembangkang yg berada dlm kerajaan cuba menidakkan kebaikan tersebut dan memutarbelitkan fakta.

Salah satu punca penerangan yg rakyat tak paham kerana mereka menggunakan istilah "bahasa sastera" atau intonasi bahasa yg terlalu berlapik sehingga org tertentu je paham maksud yg cuba disampaikan.

K.. jgn tuduh2 sebarangan tanpa ilmu.. buat dosa je, mari belajar.. sistem SST ditukar ke sistem GST bermula 1 April 2015.

Before 1 April 2015 :
-----------------------------------
Price + Gov. Tax - SST (10%) + Service Charge by Company (5% or 6%) = 15% or 16% paid by Rakyat.

Starting 1 April 2015:
----------------------------------
Price + Gov. Tax - GST (6%) + Service Tax by Company (5% or 6%) = 11% or 12% paid by Rakyat.

Sepatutnya government tax dibayar oleh Peniaga bukannya ditanggung oleh Pembeli, tapi yg berlaku sebaliknya. Yang menjadi isu kenaikan harga juga ialah kerana Peniaga yg tamak. Mereka masih mengekalkan peratusan yg dikenakan Kerajaan (SST) dan menambahkan lagi dgn peratusan baru iaitu GST. Sekali lagi diberitahu disini, cukai ini dikenakan ke atas Peniaga, bukan rakyat tapi peniaga serapkan dlm harga mereka. Siapakah yg kaut duit rakyat? Kerajaan atau Peniaga? Bila menuduh org apakah hukumnya? Dosakan? Kita patut berilmu dan jgn mengikut membuta tuli apatah lagi menuduh dgn perkara2 negatif.

Sepatutnya kerajaan tidak perlu memperkenalkan sistem GST. Sebab majoriti rakyat yg malas berfikir dan asyik tahu merungut tanpa mencari kebenaran dan tidak akan ambil peduli.

Pada hemat saya, mungkin kerajaan patut diamkan sahaja tanpa perlu war-warkan kepada rakyat kerana rakyat 'malas' berfikir dan asyik tau kondem kerajaan je. Sepatutnya kerajaan just bgtau SST dikurangkan kepada 6% dr 10% dan tak perlu nak "rename" ke nama GST. Diingatkan lagi cukai ditujukn kpd Peniaga.

Adakah rakyat faham kenapa kerajaan war-warkan GST juga? Ini adalah supaya rakyat sedar segelintir peniaga yg tamak menipu duit rakyat.

Ini adalah kerana kebanyakan peniaga tidak mendaftar dan tidak membayar cukai kerajaan (government tax) tapi peniaga tersebut mengenakan cukai tersebut kpd rakyat. Maka, siapa yg tipu rakyat? Kerajaan atau Peniaga yg tidak bertggjwb?

Kerajaan memperkenalkan GST utk rakyat "aware" agar tidak ditipu Peniaga. Itu sbb kerajaan berikan listing perniagaan yg berdaftar, bagi listing barang2 yg dikenakan cukai. Transaksi perniagaan hendaklah berinvois / beresit. Jadi, kita sendiri boleh tahu peniaga mana yg penipu & tamak. Tapi kerajaan juga disalahkan.

Walau bagaimanapun, apa yg berlaku dek kerana taksub anti-kerajaan, mereka2 yg tidak bertggjwb menaikkan harga dan mengaburi mata rakyat atas alasan GST tidak bagus. Mengapa peniaga buat begitu? Kerana, sekarang apa2 transaksi perniagaan, mereka kena ada invois, kena ada resit, dan tidak boleh sewenang2 men'charge' rakyat sesukahati & tidak lari cukai kerajaan. (Rakyat/pembeli boleh tgk dkt invois atau resit mereka.. even mamak restoran.. kedai runcit pon kena ada resit bila perlaksanaan GST k..).

Kenapa mesti dikenakan cukai kerajaan? Cukai dikenakan bg membiayai pembangunan negara, segala subsidi yg diberikan kpd rakyat, penggajian (yg pasti 'pelbagai parti' yg bekerja di dlm sektor kerajaan), dsbgnya. Maka, di manakah sumber utk ini semua, jika bukan dr cukai. Pemimpin Pembangkang pandai cakap, gaji mereka juga dr sumber ini. Malah majoriti yg bekerja dlm kerajaan adalah org yg paling kuat menentang kerajaan.

Apabila pilihanraya parti pembangkang akan kejarkan kawasan yg sudah membangun, terutama kawasan bandar. Knp tidak kawasan yg masih mundur? Hmm.. apabila pembangkang menang kwsn maju, maka akan nampak kerajaan tak buat keje ea? Kerana menang kawasan mundur?

Itulah terjadi baru2 ini.. Lee Kuan Yew yg dpt nama baik krn membangunkan Singapura? Tahukah anda bahawa ketika Malaysia berpisah dgn Singapura, Malaysia telah membangunkan Singapura terlebih dahulu dgn mengadakan infra yg baik seperti Universiti Malaya, Port Singapore.. tapi siapa yg dapat nama? Tahukah anda Sejarah Singapura sudah diubah dgn kononnya founder Singapura adalah Lee Kuan Yew? Jgn sampai Malaysia pon jadi sebegitu sejarahnya.

Kredit: penulis