Saya ingin bertanya anda semua.. sekiranya anak anda sedang kesakitan di patuk ular? ataupun bisnes anda sedang mengalami kemerosotan ? apakah yang anda lakukan.. apakah anda akan menyalahkan pihak lain? menyalahkan ular? ataupun menyalahkan pesaing anda? atau anda menyalahkan takdir kerana memberi anda dugaan sedemikian???
di sini saya ingin mengajak anda semua menjadi insan yang lebih rasional. cuba cari jalan penyelesaian atas segala masalah tersebut. paling penting hantar anak anda ke hospital dahulu.. selepas itu mencari punca kepada masalah ular itu? mungkin ular itu masuk ke rumah anda kerana rumah anda penuh dengan semak samun.. ataupun keadaan rumah anda yang bersepah yang memungkinkan ular dapat menumpang di rumah anda menjadi penyewa yang tak berbayar..
bagaimana dengan masalah bisnes anda tadi? kerugian.. jualan merosot.. daripada terus menyalahkan pihak lain.. ada baiknya anda mencari jalan untuk menaikkan kembali perniagaan tersebut. ataupun dalam prinsip perniagaan.. ada 4 perkara terpenting iaitu 1)Tingkatkan kualiti produk atau servis 2)tingkatkan jualan anda 3) kurangkan perbelanjaan 4)kurangkan liabiliti.. Hentikan menyalahkan pesaing anda. pekerja anda. ataupun paling penting jangan salahkan pelanggan anda tidak sudi ke kedai anda lagi.
Budaya menyalahkan orang lain ini sudah terlalu 'typical' buat bangsa kita. dan yang terbaru ialah menyalahkan kerajaan. dalam apa jua keadaan semua orang yang salah sampaikan ada suatu kes di mana ada guru bercerai dengan isterinya kerana tidak mendapat pertukaran seperti yang dimohonkan. setujukah kalau saya katakan... mereka ini sebenarnya ingin menyalahkan takdir tapi untuk menjadi lebih nampak sedikit beriman. mereka menyalahkan orang-orang lain. pernah ada suatu kes di mana pemandu bas telah melanggar mati seorang pelajar kolej. bila ditanya.. beliau menyalahkan brek bas yang tidak berfungsi..
Ayah selalu berpesan pada saya., siapa kita untuk mengelak apa jua masalah yang mendatang. tapi andainya terjadi sebarang masalah ataupun dugaan yang menimpa kita. muhasabah diri kita kembali. di mana silap kita. dan cari jalan untuk keluar daripada masalah itu.. dan jangan pula kita lari daripada masalah itu.. seperti firman Allah SWT “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
No comments:
Post a Comment