Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,
1. Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
2. Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
3.Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.
Cuba tukarkan kucing tadi pada orang-orang yang selalu datang meminta pertolongan pada kita.. mengapa KITA? kerana Allah yang menggerakkan hati untuk meminta pertolongan kita.. Bagi saya satu je.. Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. Allah sedang menghantar mesej untuk kita sebenarnya.. WallahuAlam
No comments:
Post a Comment