#milik siapakah gadis ini.. hehe
Wednesday, 14 November 2012
Awek tak sedar dia sedang dirakam
Uikksss.. tak sedar kew orang tgh rakam tue.. tak pasal-pasal jadi famous..
Monday, 12 November 2012
Erti Bersyukur
Pernah dulu aku menghidapi sakit batu karang.. masa tu aku langsung tidak dapat membuang air kecil.. rasa azab dan sakit yang amat sangat.. Masa tu aku tak terfikir pun pasal benda lain.. Yang aku fikir hanya satu.. Aku mahu buang air kencing seperti biasa.. Aku pun berdoa pada Allah.. "Ya Allah, Aku tak nak kaya.. Aku tak nak perempuan cantik.. aku tak nak kemewahan.. Aku hanya nak kencing Ya Allah.." Masa tu baru kita sedar betapa indahnya nikmat kencing yang kita tak pernah terfikir selama ni.. aku bersyukur pada Mu Ya Allah..
Aku juga pernah dikecewakan oleh seorang wanita.. Aku jadi kemurungan.. Aku hanya berdoa siang dan malam agar Allah kembalikan wanita yang pernah suatu ketika dulu menghiasi kamar hatiku.. namun lama kelamaan.. kerana aku terlalu berusaha untuk membuktikan NILAI diri aku pada wanita tersebut.. akhirnya Aku menjadi seorang Aku yang amat berlainan dari yang dulu.. Aku punyai wawasan.. aku menjadi semakin matang.. dan paling penting aku hargai apa itu erti kehidupan.. Terima kasih untuk wanita tersebut kerana tanpa dia mengecewakan aku.. aku masih terawang2 dalam dunia indah ciptaan kami berdua.. dan aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana telah membuka pintu hatiku untuk menjadi insan yang cemerlang..
Ironinya, setiap musibah yang terjadi pada kita sebenarnya terselit seribu satu hikmah.. contohnya gagal dalam perniagaan dalam usia muda.. buat kita jadi usahawan yg semakin bijak membuat keputusan.. seterusnya, Pertunangan putus ditengah jalan.. bersyukur lah kerana kita tidak bercerai semasa sudah mempunyai anak yang memungkinkan penderitaan anak-anak.. ditipu dalam perniagaan dan kehidupan, buat kita semakin waspada tentang keadaan sekeliling.. rugi RM100 adalah lebih baik daripada rugi RM1000 kelak.. dan rugi kehilangan punca pendapatan adalah lebih baik daripada rugi kehilangan kudrat untuk mencari pendapatan.. Konklusinya.. janganlah kita menganggap diri kita malang hanya kerana kita tidak mempunyai Kasut tanpa kita memandang orang yang tidak mempunyai kaki..
Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.. sesungguhnya segala nikmat.. pemberian daripada kalangan hambaMu.. semua datang dari Mu Ya Allah.. Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran aku panjatkan padaMu Ya Allah

Subscribe to:
Comments (Atom)